Wahai Sang Pencinta

Kita akan terlalu sayangkan seseorang yang tidak penah sayangkan kita. Dan orang yang terlalu sayangkan kita, sering kita sakitkan hatinya. Kita selalu tertanya-tanya kenapa mereka sering sakitkan hati kita. Tanyalah kita, kenapa kita sakitkan hati mereka. Cinta tak boleh dipaksa kerana itu kita harus melepaskan dia bila itu yang membuat dia senang. Jangan merasa cemburu bila dia bahagia bersama yang lain, berterima kasih pada yang membahagiakan kerana sudi membahagiakan dia kerana kita tak mampu. Jangan memaksa mereka untuk menerima kita kerana kita akan membuat mereka membenci kita.

Ini atas pengalaman aku sendiri..